Kenapa Pembangun Perisian perlu ada Empati
Definisi:
empati - meletakkan diri dalam kedudukan orang lain
Empati adalah kunci utama dalam Kebijaksanaan Emosi dan sebagai minyak petrol untuk meneruskan hubungan yang bahagia. Sudah banyak kajian yang membuktikan emapti adalah penting di dalam kepimpinan dan kemahiran perniagaan. Menurut CEO Microsoft, Satya Nadella, empati selain dari perkara lain, adalah satu kunci inovasi perniagaan dan salah satu quality teratas seseorang CEO perlu ada.
Empati adalah perasaan yang penting dimana semua pembangun perisian perlu ada jika anda setuju dengan perkara berikut:
- pembangun perisian mencipta alat untuk membantu kehidupan orang lain lebih bermakna.
- pengaturcaraan adalah sentiasa membantu orang lain mencipta pengalaman yang selesa kepada satu sama lain.
1. Empati membantu anda memahami keperluan dengan tepat
Pembangun software mampu memahami intipati atau roh 'requirement' hanya jika difahami pengguna yang akan berinteraksi dengan perisian. Pemahaman ini terhasil dengan bercakap dengan pengguna sebenar atau prospek. Anda perlu ada empati jika anda mahu terus miliki hubungan emosi dengan pengguna.
Pemahaman ber-empati keperluan projek mampu membantu anda membina produk yang bertepatan untuk menyelesaikan masaalah. Gabungkan logikal dan praktikal dengan emapti sewaktu anda membuat pengumpulan maklumat keperluan tak kira agile atau waterfall.
2. Empati membantu anda coding dengan lebih baik
Pembangun perisian sebagai usaha berkumpulan memerlukan anda untuk faham perasaan dan reaksi rakan pengaturcaraan lain. Empati membantu anda menghubungkan fikiran dan emosi ahli kumpulan anda.
Pembangun perisian ber-emapti akan cuba mengurangkan ralat sebelum diberi kepada QA yang berperanan memeriksa bug asas. Selain coding, mereka akan memikirkan tentang ahli tim lain yang akan menggunakan code tersebut. Boleh dikatakan kod berkualiti / boleh dijaga adalah hasil dari menjadi seorang ber-empati.
3. Empati bantu anda mengetuai kumpulan anda
Memahami ahli kumpulan anda membantu anda mendapat pandangan jelas cabaran mendatang dan anda mampu berubah untuk mendapatkan solusi. Jika anda anda seorang ketua kumpulan, ini membantu anda mencari masaalah utama kegagalan dan mampu membantu kumpulan anda dengan efektif. Dengan menggalakan empati dan mengambil berat tentang ahli kumpulan, anda boleh mencetuskan kreativiti dan kolaborasi kearah penambahbaikan coding.
Comments
Post a Comment